
Seperti yang dinyatakan dalam posting sebelum ini mengenai kebimbangan peningkatan kos sara hidup, hari ini 24.7.2008 akhbar Berita Harian melaporkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengeluarkan laporan mengenai peningkatan Indeks Harga Pengguna (IHP) dan kadar inflasi dalam negara. Penelitian saya sebelum ini akhirnya sedikit demi sedikit menjadi kenyataan dan berkemungkinan ianya akan terus menjadi bertambah buruk. Dengan adanya petunjuk-petunjuk seperti ini kesan yang ketara akan dirasai oleh rakyat kebanyakan. Sudah tentulah ianya akan mengurangkan kuliti hidup rakyat dan ekonomi negara juga akan merudum. Saya ingin memetik definisi pembangunan lestari yang dinyatakan dalam Persidangan Rio, 1992;- "something which must improve the quality of life, improve the living and working environment of all people, provide adequate shelter for all, create sustainable energy, transport and construction activities and stimulate the related human resources development and capability building required to achieve the goal".
Daripadanya kita dapati negara kita masih memerlukan masa yang lama untuk mencapai pembangunan lestari. Apa yang menjadi kebimbangan adalah kita berhasrat untuk maju kehadapan mencapai pembangunan lestari tetapi langkah kearahnya seolah-olah semakin mengundur ataupun terkebelakang. Marilah sama-sama kita fikirkan bersama.
IHP Jun naik 7.7 peratus, inflasi diramal kekal tinggi
Oleh Abdul Razak Raaff dan Kamarulzaidi Kamisbhnews@bharian.com.my
PUTRAJAYA: Indeks Harga Pengguna (IHP), pengukur kadar inflasi pada Jun lalu meningkat kepada 7.7 peratus daripada 3.8 peratus pada bulan sebelumnya berikutan kenaikan harga petrol dan diesel pada 5 Jun lalu dengan purata IHP bagi enam bulan pertama tahun ini 3.7 peratus.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata peningkatan IHP disebabkan kenaikan indeks makanan, minuman bukan alkohol, perumahan, air, elektrik, gas, kesihatan, pengangkutan, pendidikan, restoran, hotel dan pelbagai barangan dan perkhidmatan.Katanya, indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol pada bulan lalu meningkat 10 peratus dan bukan makanan naik 6.7 peratus."Kenaikan disebabkan peningkatan harga barangan keperluan seperti beras, roti, susu, sayuran, daging dan ikan. Ini juga berpunca daripada ketidakcekapan sistem pengedaran barangan keperluan harian subsidi tidak sampai kepada pengguna di kawasan luar bandar," katanya pada sidang media bagi mengumumkan data itu di pejabatnya, di sini semalam.
Shahrir berkata, kelemahan sistem pengedaran menyebabkan harga barang keperluan seperti tepung gandum biasa, beras Super Special Tempatan (SST) 15 peratus hancur, minyak masak di kawasan luar bandar meningkat."Saya sering mendapat aduan bahan makanan subsidi sukar diperoleh dan jika ada pun cepat habis. Ini biasanya berlaku di luar bandar akibat sistem pengedaran di semua peringkat hingga kepada peniaga," katanya.Sehubungan itu, kertas cadangan menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menjadi pengedar utama bekalan barangan keperluan di negara ini bagi menangani masalah sistem pengedaran akan dibentang-kan ke Kabinet tiga minggu lagi."Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka dan Mara menunjukkan minat untuk memainkan peranan secara langsung dalam sistem pengedaran supaya pengguna berpendapatan rendah mudah memperoleh barang keperluan harian subsidi," katanya.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Rating Corporation Bhd (MARC), Nor Zahidi Alias, berkata kenaikan tinggi IHP bulan lalu sudah dijangka susulan penstrukturan semula subsidi bahan api serta kenaikan harga barangan makanan.Kami menjangka inflasi pada bulan ini (Julai) kekal tinggi sekitar tujuh peratus sebelum susut sedikit antara enam hingga tujuh peratus menjelang akhir tahun ini, katanyaSemalam, Singapura mengumumkan kadar inflasi bagi Jun meningkat 7.5 peratus, tertinggi dalam tempoh 26 tahun, manakala Korea Selatan merekodkan peningkatan 5.5 peratus, kadar tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
Kelmarin Bank Pembangunan Asia (ADB) mengunjur kadar inflasi Asia tahun ini secara umumnya dijangka meningkat, didahului Vietnam 19.4 peratus, Indonesia (10.1 peratus), Filipina (7.2 peratus), China (tujuh peratus), Thailand (6.1 peratus), Singapura (5.8 peratus), Hong Kong (4.7 peratus), sementara Malaysia dan Korea Selatan masing-masing 4.1 peratus.

No comments:
Post a Comment